Thursday, 5 April 2018

DI SEBALIK BANJIR ITU!


Assalamualaikum semua.. (cewah, macam ade je orang yang baca ek..)



Tak tahu dari mana aku nak mulakan cerita aku kali ni. Dah berzaman tak menulis blog ni, :-) Ok, korang nak tahu atau tak nak tahu, aku tetap akan menceritakan pada korang semua..hahaha!!

Gini kesahnye Kiah oi.... (sambil asap rokok berkepol-kepol naik ke atas)



Pada (1/9/2014) aku pergi bercuti di Kashmir lagi untuk yang kesekian kalinya. Dua tahun lepas aku dah pergi sana, tapi masa tu konon-kononnya honeymoon. Kali ni aku pergi sebab si tourist guide (Naveed Chesti) masa aku ke Kashmir dulu tu nak kawen. Wahh, memang haruslah aku pergi kali ni sebab teringin sangat nak tengok adat resam dan budaya perkahwinan dieorang yang sememangnya aku impi-impikan, (pengaruh yang melampau sebab dah terlalu banyak tengok crite hindustan..hahaha)



Kali ni aku bukannya nak ceritakan pasal segala adat resam bagai tu semua, tapi aku nak ceritakan something di sebalik itu. Setelah selesai majlis berinai dan bersanding selama 3 hari 3 malam, aku dan my luvly bear@husband

pon tak sabar untuk rutin biasa kami bila kami travelling iaitu shopping!! Dapatlah juga beli barang sikit sebab kebanyakan kedai masa tu tutup. Sebabnya..Jeng..Jeng..Jeng... BANJIR!! Patot la masa majlis kawen si Naveed tu, hampir 5 hari juga hujan turun tak benti-benti. Dahlah cuaca masa tu 10 darjah celcius.. pengsan! So banyak juga la jalan-jalan yang ditutup. Yang lebih menyedihkan lagi bila part kiteorang tengah syok shopping tiba-tiba ada announce suruh balik rumah cepat-cepat sebab ditakuti air di Jhelum River semakin meningkat. Ishh, cuak juga kiteorang time tu. Cepat-cepat kiteorang naik tuk-tuk terus balik rumah. Nasib baik kiteorang keluar jalan dengan Faiq yang hensem dan kacak, anak sedara Naveed..Kalau aku berdua aje keluar,memang dah lemas lah agaknye..hahaha! Nauzubillah!

So disinilah bermula ceritanya, yang pada awalnya aku langsung tak terfikir akan seteruk itu. Oleh kerana terlalu teruja bershopping dengan mood travel yang tak habis-habis, aku langsung tidak melihat alam di sekelilingku. What is going on??! Tak tau kesah Mak Jemah hahaha! Padahal kat tv, radio dan berita-berita  dah meletop2 cerita pasal banjir yang bakal berlaku ni. Even family Naveed sendiri pun ada mengatakan kepada aku yang aku takkan dapat pulang ke malaysia esok kerana jangkaan banjir yang dahsyat. Yang bestnya aku  hanya ketawe je, sambil aku cakap. Ishhh "na mungkin hai'. Maksudnye mustahil! Dalam hati aku, takkan la sampai macam tu skali. Alah dieorg ni suke melebih-lebih.. hahaha!! Bile ingat2 balik, Ya Allah degilnya aku time tu haha! Dan sepatutnya aku stay di sebuah hotel kat bandar setelah selesai acara perkahwinan Naveed. Tapi Naveed dan wifenya Nisa bersungguh-sungguh tak bagi aku stay hotel, so aku terpakse akur duduk di rumah mereka. Dan korang nak tau ape, hotel yang sepatutnya aku stay tu, musnah, ranap, terbalik, hancur berkecai. Tergamam!

  

Dan tibalah pada tarikh (8/9/2014), hari ini aku akan balik ke Malaysia. Hampir 2 minggu jugak ninggalkan anak. Sorry lah my donat hangos. Tiket flight pada pukul 10 pagi dengan Spicejet Airlines. Setelah berpamit-pamitan dengan seluruh ahli keluarga Naveed yang baik hati itu, siap melalak aku. Kemain drama queen,hahaha! Kiteorang bertolak ke Airport Srinagar pada pukul 6.30 pagi waktu India, 9 pagi waktu Malaysia dengan menaiki Innova.

Tetapi.... pam pam paa.. tiada jalan menuju ke airport sebab semuanya banjir teruk. Piaanggg!!! Pipiku seakan-akan ditampar. Speechless!  Naveed mengambil keputusan supaya patah balik ke rumah dan menunggu sehingga banjir surut, maybe 2 atau 3 hari lagi. Pehh!! Dah gila agaknye. Siapa nak bayar tiket flight aku, macamana opis aku, macamana family aku kat sana dan lebih mendukacitakan, line telefon dan internet dah terputus sejak dari malam semalam. Ya Allah, dugaan apakah ini?! Aku pon apelagi, melalak la sampai bengkak-bengkak mata..hahaha!!

Kiteorang sempat pergi ke Police Station untuk membuat report, dan yang ini memang sama macam dalam filem hindustan, Inspector Sahab tengah lepak minum teh kat warung,ahhahaha!! Orang semua tengah bersusah hati pasal banjir, ko siap ngeteh eh..? hahaha!! So nanti dia akan hantar message ke Embassy Malaysia di New Delhi untuk bagitahu pasal kiteorang. Dalam masa tu sempat juga aku bebual dengan Police Officer tu, dia bagitau yang family dan rumah dia habis musnah. Ishh, kesiannya. I'm sorry Inspector Sahab! Tak baik aku bersangka buruk kat die tadi.  Yang bestnya sempat juga dia memuji Malaysia, bangga sekejap jadi Malaysian, hehehe..

Pada (9/9/2014) aku semakin buntu, sebab sepatutnya flight aku dari New Delhi ke Kuala Lumpur akan tiba di KLIA2 pada pukul 6 pagi. Mesti si adik aku Mamat dah tunggu aku kat airport,huhuhu. Dahlah line telefon dan internet terputus, ni bekalan elektrik pon takde, nasib baik dieorang pakai generator.. dah macam pasar malam la pulak. Di Airport Srinagar ni semua penerbangan dibatalkan, terima kasih, okbai! Pada malamnya line sekejap ada dan sekejap takde. Faiq keep calling, keep dialing dan akhirnya... Alhamdulillah dapat call kawan Naveed yang tinggal di Goa (Desiree). Dia pon datang masa wedding hari tu. Jadi dialah yang tolong call kan mamat bagitau yang kiteorang selamat, dia juga yang call kan En.Ridzuan (Embassy Malaysia). Thank you Desiree!! Walaupun begitu aku masih belum puas hati selagi tak dapat cakap sendiri dengan adik aku Mamat. Emm, takpe lah..

Hari ni (10/9/2014) merupakan hari ketiga kiteorang terkandas di bumi Kashmir ini. Setiap hari kiteorang bersiap sedia, macam nak berperang pulak..hahaa!! Menantikan kalau-kalau ada bantuan dihantar pada kita. Tidur pon dah tak lena. Macam-macam yang aku pikirkan, naik pecah pale otak aku. Naveed selalu bawak kiteorang ke Jhelum River tu untuk tengok keadaan semasa. Nak shopping tak boleh, nak jalan-jalan pon tak boleh, terpaksalah duduk kat umah aje. Kebetulan rumah Naveed ni atas bukit, Alhamdulillah! Nasib baik jugak makan laok sedap2,hehehe. Malamnya tak semena-mena dapat call dari Si Mamat. Tapi line terputus-putus, tapi dapat juga la dengar suara mak kat belakang tu lagi lah bertambah sayu hati aku. Rupanya mak pon dah banjir kat sana,hahaha. Dia lagi ratu airmata. Malam tu barulah aku dapat tidur dengan lena lepas dapat cakap dengan dieorang.

Hari ni (11/9/2014) Naveed berusaha untuk dapatkan kereta untuk hantar kiteorang ke airport tetapi minyak petrol habis. Seluruh pump station dah kehabisan minyak..uuwaaa!!!! Ya Allah, satu persatu musibah melanda kami. Dan yang best lagi, hari ni hampir 5 kali aku mengejar chopper yang datang. Chopper terbang rendah kat bumbung rumah, kiteorang ingat mesti dieorang tengah cari kita. 5 kali juga la kiteorang keluar dan melambai-lambai tangan sambil jerit "Help!! Help!!" Orang-orang kampong pon siap bersemangat tolong, kelakar pon ada, hahahaha!!!

Di tengah kebingungan yang tiada berpenghujung, aku cuba menyelidik apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian musibah ini. Kenapa susah sangat nak capai jalan keluar. Tak putus doa aku dalam sembahyang dan zikir di malam hari. Petang tu,aku dan husband pon sembahyang sunat berjemaah, memohon segala keampunan dan keterlanjuran kami selama ini. Elok je selesai 5 minit kiteorang sembahyang, Naveed terus bagitau kami good news, ada satu jalan telah dibuka menuju ke Indian Air Force (tempat mangsa-mangsa yang nak balik keluar dari Kashmir berkumpul). Ya Allah, tak terucap aku dengan kata-kata. Memang Allah itu berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Terkesan!

Malamnya nasib baik family pengantin perempuan datang untuk bertanya khabar, jadi dapatlah kiteorang tumpang 2 luggage besar dalam kereta dieorang, lagipon rumah dia dekat dengan airport. So esok pagi kita tak payah bawak beg sebesar-besar tidak tu. Mudah-mudahan esok kita betul-betul balik dan dapat keluar dari sini. Dah berapa banyak cuti aku ni,huhu. Sepatotnya 10hb dah naik keje..huhuhu!!

Hari ni (12/9/2014), harap-harap kali ni kiteorang dapat sampai ke airport dengan selamat. Akhirnya Naveed hantar aku naik motor, (motor dalam cite hindustan tu, kan sepesen je) tu aje yang ade minyak. Abang Naveed bawak my luvly bear@husband aku. Alhamdulillah sampai jugak kami di Indian Air Force,Srinagar. Hampir 2 jam kiteorang berjuang untuk menembusi gate masuk tetapi tak berjaya, sebab terpaksa bersaing dengan beribu rakyat India yang nak balik juga ke airport. Kesian Naveed, dia berusaha buat yang terbaik untuk kiteorang. Sampai kene marah ngan askar tu. Nasib baik, kebetulan ada 5 orang foreigner juga macam kiteorang. Dari Canada, Republic Chechnya dan Turkey. Kiteorang pon sama-sama menyelit, akhirnya Alhamdulillah dapat masuk ke dalam kem. Itulah pertemuan terakhir kami dengan Naveed, sambil melambai-lambai tangan dan membuat isyarat telefon menggunakan tangan. 

Bila dah sampai dalam, kiteorang dah macam tawanan. Kene duduk diam-diam. Beratur buat satu barisan. Askar-askar dia semua bersenjata, membuat arahan duduk menggunakan senjata. Seram jugak aku weiii...  Dari situ chopper akan bawak kita ke Indian Air Force Airport Srinagar. 2 jam juga menunggu, tapi sekurang-kurangnya dah rasa lega sikitlah hati ni. Pertama kali dapat naik helicopter, hehehe. Kecut perot aku! Dah la helicopter tu takde tutup belakang, kang hilang mati lemas banjir, mati jatuh helicopter pulak. Eeee,mintak dijauhkan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Indian Air Force Airport Srinagar. Turun je dari helicopter tu, diberi capati, roti dan air mineral untuk bekalan makanan. 

Wahh, hati aku pon dah senang ingat dah lepas siksa. Rupanya belom lagi. Askar tu bagitau yang penerbangan ke New Delhi not available. Hanya yang ada ke Amritsar sahaja, huhuhu. Aduh, cobaan lagi. Dari Amritsar kene naik bas selama 4 jam barulah sampai ke New Delhi. Aku sedia maklum macamana jalan darat di India ni. Silap sikit, masok gaung. Betol-betol pengembara..hahahha!! Tapi nasib baik sedang kita menunggu penerbangan ke Amritsar tu, ada 2 orang Indian yang tengah mencari mangsa rakyat Malaysia. Rupa-rupanya barulah aku tau seramai 56 orang rakyat Malaysia terkandas di Kashmir, termasuk lah kiteorang. Siap masuk berita di Malaysia. Glamer sekejap aku..hahaha. So dengan kedatangan orang Indian tu tadi, askar tadi perintahkan bawak kita ke Airport Srinagar, walaupon bukan rakyat Malaysia yang dicari. Walaupun pada awalnya, Indian tu tak nak bawak kiteorang. Tapi atas arahan askar tersebut, die terpakse akur.  Alhamdulillah.. Orang Indian tu ialah saudara kepada rombongan pengantin dari Malaysia yang terkandas di Kashmir tu.

Setelah sampai di Airport Srinagar, satu lagi masalah timbul. Tiket flight dah terlepas, staff tu bagitau dieorang memang bagi complimentary tapi kene ikot timing, flight aku pukol 10 pagi, so aku da terlepas flight sebab waktu tu pukol 2 petang. Aku pon bagi tau, mana la kiteorang tau yang chopper lambat nak selamatkan kita,bukan salah kita.. kannn..... So setelah di adjust-adjust, dapat jugak la dia selitkan kiteorang naik flight pukol 5.45 ptg, tapi delay sampai 8.30 malam baru jalan. Jadi lah, asalkan sampai juga ke New Delhi, huhuhu.. 

Alhamdulillah 10.15 malam aku sampai di Airport New Delhi, syukur Ya Allah!! Selesai satu perkara. Ni nak menguruskan satu perkara lagi pulak. Malindo Airlines dari New Delhi ke Kuala Lumpur pulak. Sebab dah lewat malam, kiteorang terpaksa cari hotel untuk bermalam kat area airport. Hampir 14 jam perjalanan kiteorang nak sampai ke Delhi ni. Kiteorang pon stay kat Airport Hotel, hotel ni memang terbaik. Siapa yang nak stay Delhi aku memang rekemen hotel ni. Ada wifi dan breakfast, siap dengan transport lagi. 

Dengan bantuan En.Ridzuan dari Embassy Malaysia tu, dia bagi nombor hp staff Malindo Airlines untuk aku settlekan ticket aku. Yess.... Akhirnya dapat complimentary juga. Memang terbaik Malindo Airlines. Sangat bagi kerjasama!! Barulah senang hati aku,hehehe.. Dan apelagi lagi flight kol 10 malam, ni baru pukul 3 petang, kiteorang pon sempat jalan-jalan di sekitar buana..heheheh. Dan akhirnya kami selamat tiba di tanahairku yang tercinta pada pukol 6 pagi. Mamat masih setia menunggu,hahaha!! Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah,segala hikmah di atas setiap musibah yang Engkau timpakan bukanlah sesuatu yang sia-sia jika kita insan yang berfikir!!!! Hikmah yang lain biar aku dan husband sahaja yang tahu.. 
Terima Kasih Allah!! Terima Kasih Allah!! Terima Kasih Allah!!

P/S : Sila baca entry ni sampai habis, lepas tu barulah menikmati video-video di bawah ni ok.. baru syiokkk!

Note : Banjir yang dahsyat ini telah mengorbankan seramai 200 lebih orang dan ianya terjadi setelah 50 tahun yang lalu. Memang saje nak menyambut kedatangan aku kan, hahaha.


Semasa dalam Indian Air Force Srinagar menunggu chopper.
Kawan baru yang sangat sporting from Republic Chech & Canada.
Kawan baru from Turkey dan Canada.
Glamer sekejap iollss kene interview.
Semasa dalam Indian Air Force chopper menuju ke Airport Srinagar.
Akhirnya, selamat tiba di New Delhi.


Friday, 14 March 2014

3/3/2012 Hari nie hari ketiga aku dikelilingi salji.. ehehhe.. Sweet memories seumur idop aku yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.. Mustahil aku akan melupakan kenangan-kenangan indah ini. Semalam aku tido nyenyak jugak, walaupon agak sejuk.. ko bayangkan lah -5 darjah celcius..hehehe.. Tak ke keras beku aku dibuatnya! Aku stay di Hotel Pine n Peak,Pahalgam. Not bad..Esoknye lepas breakfast kat hotel, Naveed dah standby kat lobby. Bagos betol si Hrithik Roshan tu, tapi kadang-kadang muke die macam Mr.Bean pon ade. hahahha!!! Aku terus naik kuda dan naik ke gunung, dahsyat giler!! Tak pernah-pernah seumur hidop aku naik menatang ni. Memang adventure giler.. tapi harganya pon hebat. Naik 2 kuda dalam 3000 Rupee = Rm 180. Pastu tips dlm 500 Rupee = Rm 30.. Die (guide)bawak aku ke 5 tempat yang awesome. Yelah, dia tau aku pelancong kan. Mane-mane negara pon same, pantang tengok pelancong. Memang kalau sepanjang ko berade disini, mulut ko tak akan habis-habis memuji keindahan ciptaan Allah sw.t. Patot la Kashmir ni mendapat nama julukan Heaven On The Earth.. Memang cantek giler.
Ade pulak si cameraman ni ikot blakang. Sekali die ambil gambor aku.. lebih kurang 50 keping, semuanye cantek-cantek, siap pakai kashmiri costume lagi. Satu keping foto yg 8x10, medium size dlm 150 Rupee = Rm 9. Mampos aku nak bayar sampai 50 keping. Tawar punye tawar akhirnye dapat la 40 keping n 5 keping free, dlm 5500 Rupee = Rm 330, tips aku bg 100 Rupee = Rm 6. Cekik darah betol!! Tapi what to do, semuanye cantek-cantek, bayor jek laa.. huhuhu.. Tapi bile aku fikir balik, itu adalah satu pembaziran yang nyata..haha.. So perjalanan menaiki kuda dari hotel ke atas gunung (Baisaran atau Mini Switzerland) lebih kurang dalam 2 jam.. Tempat ni memang awesome!! Masya Allah..Memang ko tak akan perasan yang ko berada di India..haha, memang macam kat Switzerland. Okey, Nama kuda yang aku tunggang ialah Bahadur@Sultan, tapi memang bodo sket kuda tu same macam nama die.. hahaha. Banyak kali aku termasok dalam lobang yang ditutup ngan salji. My luvly bear dapat kuda name Raja, tapi pandai dan manje sket.. Dia akan tersangat manje bila aku nyanyi lagu hindi 'Raja Ko Rani Se Pyar Hogaya' sambil usap-usap kepala die.. Pastu jumpe Naveed balik di hotel kol 2 petang, terus Naveed bawak pergi lunch kat Hotel Mountview.. emmm, bole tahan. Makanan kat sini semua sedap giler dan bole tahan murah.. Pastu kite round-round kat sekitar Pahalgam, petang tu jumpa kawan Naveed di Hotel Grand Mumtaz, minum petang kat situ. Keje aku kat sini asek makan aje la..hahaha. Pastu dalam perjalanan, terserempak pulak dengan segerombolan askar India..dapat amek gambo dengan sorang askar ni. Tu pon die tanye dulu ape reason nak amek gambo dengan die, kemain garangnye! Aku jawab aku suke tengok uniform die cantik, ceh padahal tu jawapan spontan je... Takot gak beb,huhuhu.. Tapi lepas aku jawab camtu, die terus senyum..ehhehehe... The power of women, hahaha!!
Dlm kol 5 lebih petang tu aku dah balik hotel. Pastu turun kejap kat lobby main internet, kat lobby jek dapat internet. Haghaam.. Ok la.. baru dapat berhubung ngan dunia luar..huhuhu. Pastu dinner, and golek-golek nak tido.. esok da nak check out ke Srinagar..huhu selamat tinggal salji..huhuhuhu

Thursday, 6 March 2014

2/3/2012

Haiiii!!.. Bukan kate berabad, tapi dah berzaman tak update blog ni.. Biase la, mak jemah bz bebenor semenjak dua tiga menjak ni.hehe..Ok, tanpe kite membuang masa lagi, mari kite menyambong story perjalanan ke bumi Kashmir yang tak habes-habes ni..hehehe.. Pada hari ni 2/3/2012 aku masih lagi tak dapat tidur dengan nyenyak, aku rase aku dah tau kenapa.. coz dah lame sangat aku tido. sampai aku tak boleh tido lagi.. Hairan juga waktu kat sini membuatkan aku terlebih buat taik mate..huhuhu.. Aku check out pukol 10 pagi after breakfast, si Majeed tu yang ambik aku.. bagos dan taat betol orang-orang kat sini, yelah sebab nk dapatkan tips atau duit lebih so sanggup melakukan apa saja.. hehehe.. tapi baru dlm 15 min bertolak ke Tangmarg, aku dah tersangkot di jalanan coz ade tayar kete dan lori tersangkot kat ais.. Habes tu, nak tak nak terpakse tunggu dalam kete hampir 1 jam.. aku tak bole keluar dari kete sebab sejuk giler.. huhu, nasib baik si Majeed ni driver yang hebat.. bergolek-golek juga la aku dan my luvly bear dalam kete..hahaha! Pastu bila sampai di Tangmarg jumpe Naveed (tourist guide aku), bayar sewa baju sejuk siap-siap.. pehh,kat sini segala-galanye berbayar walaupun dalam kuantiti yang kecil, huhuhu.. huh, cekik darah! Oh ye,Perjalanan tadi lebih kurang mengambil masa dalam 2 jam dari Gulmarg. Pastu Naveed terus bawak kiteorang ke Pahalgam.. Wahhh... perjalanan ke Pahalgam ni adventure jugak,jalan besar, jalan kecik, lorong tikus, sungai, laut.. macam-macam la jumpe. Aku sampai dalam kol 7 lebih petang. Termasok pergi makan, pergi cari bank. Pastu terus dinner kat Hotel Senator Pine n Peak, Pahalgam..best gak first class tip top. huhuhu, perasan mcm orang kaya pulak, padahal kayap.. hahhaha..so esoknye dalam kol 10 pagi kite pergi jalan-jalan di sekitar buana... yippiee!!!!!!!!! nak tido jap.. hehhehe.. tido lagi, hahaha.. ni tengok la gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Gulmarg ke Pahalgam..