Thursday, 5 April 2018

DI SEBALIK BANJIR ITU!


Assalamualaikum semua.. (cewah, macam ade je orang yang baca ek..)



Tak tahu dari mana aku nak mulakan cerita aku kali ni. Dah berzaman tak menulis blog ni, :-) Ok, korang nak tahu atau tak nak tahu, aku tetap akan menceritakan pada korang semua..hahaha!!

Gini kesahnye Kiah oi.... (sambil asap rokok berkepol-kepol naik ke atas)



Pada (1/9/2014) aku pergi bercuti di Kashmir lagi untuk yang kesekian kalinya. Dua tahun lepas aku dah pergi sana, tapi masa tu konon-kononnya honeymoon. Kali ni aku pergi sebab si tourist guide (Naveed Chesti) masa aku ke Kashmir dulu tu nak kawen. Wahh, memang haruslah aku pergi kali ni sebab teringin sangat nak tengok adat resam dan budaya perkahwinan dieorang yang sememangnya aku impi-impikan, (pengaruh yang melampau sebab dah terlalu banyak tengok crite hindustan..hahaha)



Kali ni aku bukannya nak ceritakan pasal segala adat resam bagai tu semua, tapi aku nak ceritakan something di sebalik itu. Setelah selesai majlis berinai dan bersanding selama 3 hari 3 malam, aku dan my luvly bear@husband

pon tak sabar untuk rutin biasa kami bila kami travelling iaitu shopping!! Dapatlah juga beli barang sikit sebab kebanyakan kedai masa tu tutup. Sebabnya..Jeng..Jeng..Jeng... BANJIR!! Patot la masa majlis kawen si Naveed tu, hampir 5 hari juga hujan turun tak benti-benti. Dahlah cuaca masa tu 10 darjah celcius.. pengsan! So banyak juga la jalan-jalan yang ditutup. Yang lebih menyedihkan lagi bila part kiteorang tengah syok shopping tiba-tiba ada announce suruh balik rumah cepat-cepat sebab ditakuti air di Jhelum River semakin meningkat. Ishh, cuak juga kiteorang time tu. Cepat-cepat kiteorang naik tuk-tuk terus balik rumah. Nasib baik kiteorang keluar jalan dengan Faiq yang hensem dan kacak, anak sedara Naveed..Kalau aku berdua aje keluar,memang dah lemas lah agaknye..hahaha! Nauzubillah!

So disinilah bermula ceritanya, yang pada awalnya aku langsung tak terfikir akan seteruk itu. Oleh kerana terlalu teruja bershopping dengan mood travel yang tak habis-habis, aku langsung tidak melihat alam di sekelilingku. What is going on??! Tak tau kesah Mak Jemah hahaha! Padahal kat tv, radio dan berita-berita  dah meletop2 cerita pasal banjir yang bakal berlaku ni. Even family Naveed sendiri pun ada mengatakan kepada aku yang aku takkan dapat pulang ke malaysia esok kerana jangkaan banjir yang dahsyat. Yang bestnya aku  hanya ketawe je, sambil aku cakap. Ishhh "na mungkin hai'. Maksudnye mustahil! Dalam hati aku, takkan la sampai macam tu skali. Alah dieorg ni suke melebih-lebih.. hahaha!! Bile ingat2 balik, Ya Allah degilnya aku time tu haha! Dan sepatutnya aku stay di sebuah hotel kat bandar setelah selesai acara perkahwinan Naveed. Tapi Naveed dan wifenya Nisa bersungguh-sungguh tak bagi aku stay hotel, so aku terpakse akur duduk di rumah mereka. Dan korang nak tau ape, hotel yang sepatutnya aku stay tu, musnah, ranap, terbalik, hancur berkecai. Tergamam!

  

Dan tibalah pada tarikh (8/9/2014), hari ini aku akan balik ke Malaysia. Hampir 2 minggu jugak ninggalkan anak. Sorry lah my donat hangos. Tiket flight pada pukul 10 pagi dengan Spicejet Airlines. Setelah berpamit-pamitan dengan seluruh ahli keluarga Naveed yang baik hati itu, siap melalak aku. Kemain drama queen,hahaha! Kiteorang bertolak ke Airport Srinagar pada pukul 6.30 pagi waktu India, 9 pagi waktu Malaysia dengan menaiki Innova.

Tetapi.... pam pam paa.. tiada jalan menuju ke airport sebab semuanya banjir teruk. Piaanggg!!! Pipiku seakan-akan ditampar. Speechless!  Naveed mengambil keputusan supaya patah balik ke rumah dan menunggu sehingga banjir surut, maybe 2 atau 3 hari lagi. Pehh!! Dah gila agaknye. Siapa nak bayar tiket flight aku, macamana opis aku, macamana family aku kat sana dan lebih mendukacitakan, line telefon dan internet dah terputus sejak dari malam semalam. Ya Allah, dugaan apakah ini?! Aku pon apelagi, melalak la sampai bengkak-bengkak mata..hahaha!!

Kiteorang sempat pergi ke Police Station untuk membuat report, dan yang ini memang sama macam dalam filem hindustan, Inspector Sahab tengah lepak minum teh kat warung,ahhahaha!! Orang semua tengah bersusah hati pasal banjir, ko siap ngeteh eh..? hahaha!! So nanti dia akan hantar message ke Embassy Malaysia di New Delhi untuk bagitahu pasal kiteorang. Dalam masa tu sempat juga aku bebual dengan Police Officer tu, dia bagitau yang family dan rumah dia habis musnah. Ishh, kesiannya. I'm sorry Inspector Sahab! Tak baik aku bersangka buruk kat die tadi.  Yang bestnya sempat juga dia memuji Malaysia, bangga sekejap jadi Malaysian, hehehe..

Pada (9/9/2014) aku semakin buntu, sebab sepatutnya flight aku dari New Delhi ke Kuala Lumpur akan tiba di KLIA2 pada pukul 6 pagi. Mesti si adik aku Mamat dah tunggu aku kat airport,huhuhu. Dahlah line telefon dan internet terputus, ni bekalan elektrik pon takde, nasib baik dieorang pakai generator.. dah macam pasar malam la pulak. Di Airport Srinagar ni semua penerbangan dibatalkan, terima kasih, okbai! Pada malamnya line sekejap ada dan sekejap takde. Faiq keep calling, keep dialing dan akhirnya... Alhamdulillah dapat call kawan Naveed yang tinggal di Goa (Desiree). Dia pon datang masa wedding hari tu. Jadi dialah yang tolong call kan mamat bagitau yang kiteorang selamat, dia juga yang call kan En.Ridzuan (Embassy Malaysia). Thank you Desiree!! Walaupun begitu aku masih belum puas hati selagi tak dapat cakap sendiri dengan adik aku Mamat. Emm, takpe lah..

Hari ni (10/9/2014) merupakan hari ketiga kiteorang terkandas di bumi Kashmir ini. Setiap hari kiteorang bersiap sedia, macam nak berperang pulak..hahaa!! Menantikan kalau-kalau ada bantuan dihantar pada kita. Tidur pon dah tak lena. Macam-macam yang aku pikirkan, naik pecah pale otak aku. Naveed selalu bawak kiteorang ke Jhelum River tu untuk tengok keadaan semasa. Nak shopping tak boleh, nak jalan-jalan pon tak boleh, terpaksalah duduk kat umah aje. Kebetulan rumah Naveed ni atas bukit, Alhamdulillah! Nasib baik jugak makan laok sedap2,hehehe. Malamnya tak semena-mena dapat call dari Si Mamat. Tapi line terputus-putus, tapi dapat juga la dengar suara mak kat belakang tu lagi lah bertambah sayu hati aku. Rupanya mak pon dah banjir kat sana,hahaha. Dia lagi ratu airmata. Malam tu barulah aku dapat tidur dengan lena lepas dapat cakap dengan dieorang.

Hari ni (11/9/2014) Naveed berusaha untuk dapatkan kereta untuk hantar kiteorang ke airport tetapi minyak petrol habis. Seluruh pump station dah kehabisan minyak..uuwaaa!!!! Ya Allah, satu persatu musibah melanda kami. Dan yang best lagi, hari ni hampir 5 kali aku mengejar chopper yang datang. Chopper terbang rendah kat bumbung rumah, kiteorang ingat mesti dieorang tengah cari kita. 5 kali juga la kiteorang keluar dan melambai-lambai tangan sambil jerit "Help!! Help!!" Orang-orang kampong pon siap bersemangat tolong, kelakar pon ada, hahahaha!!!

Di tengah kebingungan yang tiada berpenghujung, aku cuba menyelidik apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian musibah ini. Kenapa susah sangat nak capai jalan keluar. Tak putus doa aku dalam sembahyang dan zikir di malam hari. Petang tu,aku dan husband pon sembahyang sunat berjemaah, memohon segala keampunan dan keterlanjuran kami selama ini. Elok je selesai 5 minit kiteorang sembahyang, Naveed terus bagitau kami good news, ada satu jalan telah dibuka menuju ke Indian Air Force (tempat mangsa-mangsa yang nak balik keluar dari Kashmir berkumpul). Ya Allah, tak terucap aku dengan kata-kata. Memang Allah itu berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Terkesan!

Malamnya nasib baik family pengantin perempuan datang untuk bertanya khabar, jadi dapatlah kiteorang tumpang 2 luggage besar dalam kereta dieorang, lagipon rumah dia dekat dengan airport. So esok pagi kita tak payah bawak beg sebesar-besar tidak tu. Mudah-mudahan esok kita betul-betul balik dan dapat keluar dari sini. Dah berapa banyak cuti aku ni,huhu. Sepatotnya 10hb dah naik keje..huhuhu!!

Hari ni (12/9/2014), harap-harap kali ni kiteorang dapat sampai ke airport dengan selamat. Akhirnya Naveed hantar aku naik motor, (motor dalam cite hindustan tu, kan sepesen je) tu aje yang ade minyak. Abang Naveed bawak my luvly bear@husband aku. Alhamdulillah sampai jugak kami di Indian Air Force,Srinagar. Hampir 2 jam kiteorang berjuang untuk menembusi gate masuk tetapi tak berjaya, sebab terpaksa bersaing dengan beribu rakyat India yang nak balik juga ke airport. Kesian Naveed, dia berusaha buat yang terbaik untuk kiteorang. Sampai kene marah ngan askar tu. Nasib baik, kebetulan ada 5 orang foreigner juga macam kiteorang. Dari Canada, Republic Chechnya dan Turkey. Kiteorang pon sama-sama menyelit, akhirnya Alhamdulillah dapat masuk ke dalam kem. Itulah pertemuan terakhir kami dengan Naveed, sambil melambai-lambai tangan dan membuat isyarat telefon menggunakan tangan. 

Bila dah sampai dalam, kiteorang dah macam tawanan. Kene duduk diam-diam. Beratur buat satu barisan. Askar-askar dia semua bersenjata, membuat arahan duduk menggunakan senjata. Seram jugak aku weiii...  Dari situ chopper akan bawak kita ke Indian Air Force Airport Srinagar. 2 jam juga menunggu, tapi sekurang-kurangnya dah rasa lega sikitlah hati ni. Pertama kali dapat naik helicopter, hehehe. Kecut perot aku! Dah la helicopter tu takde tutup belakang, kang hilang mati lemas banjir, mati jatuh helicopter pulak. Eeee,mintak dijauhkan. Alhamdulillah kami selamat tiba di Indian Air Force Airport Srinagar. Turun je dari helicopter tu, diberi capati, roti dan air mineral untuk bekalan makanan. 

Wahh, hati aku pon dah senang ingat dah lepas siksa. Rupanya belom lagi. Askar tu bagitau yang penerbangan ke New Delhi not available. Hanya yang ada ke Amritsar sahaja, huhuhu. Aduh, cobaan lagi. Dari Amritsar kene naik bas selama 4 jam barulah sampai ke New Delhi. Aku sedia maklum macamana jalan darat di India ni. Silap sikit, masok gaung. Betol-betol pengembara..hahahha!! Tapi nasib baik sedang kita menunggu penerbangan ke Amritsar tu, ada 2 orang Indian yang tengah mencari mangsa rakyat Malaysia. Rupa-rupanya barulah aku tau seramai 56 orang rakyat Malaysia terkandas di Kashmir, termasuk lah kiteorang. Siap masuk berita di Malaysia. Glamer sekejap aku..hahaha. So dengan kedatangan orang Indian tu tadi, askar tadi perintahkan bawak kita ke Airport Srinagar, walaupon bukan rakyat Malaysia yang dicari. Walaupun pada awalnya, Indian tu tak nak bawak kiteorang. Tapi atas arahan askar tersebut, die terpakse akur.  Alhamdulillah.. Orang Indian tu ialah saudara kepada rombongan pengantin dari Malaysia yang terkandas di Kashmir tu.

Setelah sampai di Airport Srinagar, satu lagi masalah timbul. Tiket flight dah terlepas, staff tu bagitau dieorang memang bagi complimentary tapi kene ikot timing, flight aku pukol 10 pagi, so aku da terlepas flight sebab waktu tu pukol 2 petang. Aku pon bagi tau, mana la kiteorang tau yang chopper lambat nak selamatkan kita,bukan salah kita.. kannn..... So setelah di adjust-adjust, dapat jugak la dia selitkan kiteorang naik flight pukol 5.45 ptg, tapi delay sampai 8.30 malam baru jalan. Jadi lah, asalkan sampai juga ke New Delhi, huhuhu.. 

Alhamdulillah 10.15 malam aku sampai di Airport New Delhi, syukur Ya Allah!! Selesai satu perkara. Ni nak menguruskan satu perkara lagi pulak. Malindo Airlines dari New Delhi ke Kuala Lumpur pulak. Sebab dah lewat malam, kiteorang terpaksa cari hotel untuk bermalam kat area airport. Hampir 14 jam perjalanan kiteorang nak sampai ke Delhi ni. Kiteorang pon stay kat Airport Hotel, hotel ni memang terbaik. Siapa yang nak stay Delhi aku memang rekemen hotel ni. Ada wifi dan breakfast, siap dengan transport lagi. 

Dengan bantuan En.Ridzuan dari Embassy Malaysia tu, dia bagi nombor hp staff Malindo Airlines untuk aku settlekan ticket aku. Yess.... Akhirnya dapat complimentary juga. Memang terbaik Malindo Airlines. Sangat bagi kerjasama!! Barulah senang hati aku,hehehe.. Dan apelagi lagi flight kol 10 malam, ni baru pukul 3 petang, kiteorang pon sempat jalan-jalan di sekitar buana..heheheh. Dan akhirnya kami selamat tiba di tanahairku yang tercinta pada pukol 6 pagi. Mamat masih setia menunggu,hahaha!! Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah,segala hikmah di atas setiap musibah yang Engkau timpakan bukanlah sesuatu yang sia-sia jika kita insan yang berfikir!!!! Hikmah yang lain biar aku dan husband sahaja yang tahu.. 
Terima Kasih Allah!! Terima Kasih Allah!! Terima Kasih Allah!!

P/S : Sila baca entry ni sampai habis, lepas tu barulah menikmati video-video di bawah ni ok.. baru syiokkk!

Note : Banjir yang dahsyat ini telah mengorbankan seramai 200 lebih orang dan ianya terjadi setelah 50 tahun yang lalu. Memang saje nak menyambut kedatangan aku kan, hahaha.


Semasa dalam Indian Air Force Srinagar menunggu chopper.
Kawan baru yang sangat sporting from Republic Chech & Canada.
Kawan baru from Turkey dan Canada.
Glamer sekejap iollss kene interview.
Semasa dalam Indian Air Force chopper menuju ke Airport Srinagar.
Akhirnya, selamat tiba di New Delhi.